MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
Soalan Apakah status terkini projek perlaksanaan Rancangan Tebatan Banjir Negeri Pulau Pinang terutamanya dalam KADUN Pinang Tunggal.
Dun -
Exco LCK
Perkara Pertanian/Penternakan/Perikanan

Jawapan
Status terkini projek Tebatan Banjir Negeri Pulau Pinang terutamanya dalam KADUN Pinang Tunggal adalah seperti berikut:

1. Projek RTB Sungai Muda
a) Pelaksanaan Pakej 1 iaitu daripada Jambatan PLUS ke Jambatan Merdeka melibatkan kerja pembinaan ban sungai sepanjang 2 km. Kemajuan fizikal sehingga Julai 2008 ialah 75% dan Projek dijangka siap pada November 2008.
b) Pelaksanaan Pakej 2 iaitu dari Jambatan Sidam ke Jambatan Merdeka dan melibatkan kerja-kerja mendalam dan melebarkan Sungai Muda. Kemajuan fizikal sehingga Julai 2008 ialah 7.24% dan Projek dijangka siap pada tahun 2011.

2. Projek RTB Bertam/Kepala Batas
a) Sungai Lahar Tiang sepanjang 2 km daripada Lebuhraya PLUS ke Institut Pertanian Bumbung Lima telah siap dinaiktaraf pada Disember 2007.
b) Kerja Pengorekan Sungai Lahar Tiang sepanjang 5.5 km dari Kampung Kedah ke Institut Pertanian Bumbung Lima telah siap pada November 2007.




Kembali