Jawapan
Semenjak 12.3.2008, sebanyak lapan (8) kali mesyuarat OSC telah diadakan oleh MPPP. Tarikh mesyuarat tersebut adalah seperti berikut:-
BULAN TARIKH
MAC - - - -
APRIL - - - -
MEI 08.5.2008 15.5.2008 22.5.2008 29.5.2008
JUN 5.6.2008 12.6.2008 19.6.2008 26.6.2008
Sebanyak 650 permohonan telah diproses semenjak 8.5.2008. Jenis pemajuan tersebut ialah permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan biasa, pelan bangunan (on the spot approval) dan pelan kejuruteraan. Sepanjang tempoh tersebut sebanyak 488 permohonan telah diluluskan, 87 ditolak, 26 ditangguhkan dan 49 pelan telah ditarik balik seperti dalam Jadual 1 Lampiran ID 113.
Setakat ini tiada apa-apa polisi baru yang melibatkan MPPP. Polisi sedia ada berdasarkan Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang yang telah diwartakan pada 28.6.2007 adalah digunapakai bagi memproses permohonan kebenaran merancang di samping garis panduan sedia ada di MPPP.
Maklumat mengenai mesyuarat OSC bagi MPSP adalah seperti berikut :
1. Semenjak 12-3-2008 Mesyuarat
Jawatankuasa OSC yang telah diadakan
adalah sebanyak 7 kali sehingga tarikh
26-6-2008.
2. Bilangan Pelan Perancangan yang telah
diluluskan oleh Jawatankuasa OSC dari
tarikh 12-3-2008 adalah sebanyak 31
permohonan.
3. Bilangan Pelan Bangunan yang telah
diluluskan oleh Jawatankuasa OSC dari
tarikh 12-3-2008 adalah sebanyak 28
permohonan