Jawapan
3. Projek Taman Jelutong Jaya sebenarnya dimajukan sebagai Taman Penawar atas lot-lot 918, 919 dan 920 (lot lama 315), Sek 1, Lorong Perak, Bandar Jelutong oleh pemaju Tetuan Taman Penawar Sdn. Bhd. Blok A mengandungi 11 tingkat dengan 117 unit rumah kos sederhana rendah dan Blok B 18 tingkat dengan 208 unit rumah kos sederhana rendah. Sijil Kelayakan Menduduki dikeluarkan pada 26 Mei 2001.
Mengikut maklumbalas Pejabat Tanah dan Galian, semasa hendak memajukan tanah ini pemaju telah menggadaikan tanah untuk mendapatkan bridging loan daripada Hock Hua Bank Berhad. Gadaian telah dibuat masing-masing pada tahun 1996 dan 1998. Selagi catatan gadaian di dalam dokumen hakmilik belum dilepaskan bermakna kelulusan untuk hakmilik strata tidak dapat diberikan.
Sepatutnya peguam pembeli bertanggungjawab untuk menyemak dan menasihatkan pembeli jika terdapat apa-apa beban atas tanah tersebut. Memandangkan tanah ini adalah tanah milik persendirian, maka usaha Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan gadaian tersebut adalah terbatas setakat memberikan panduan dan syarat-syarat untuk pengeluaran hakmilik strata sahaja. Kos untuk melepaskan gadaian perlu ditanggung oleh pemaju sendiri dan pembeli terpaksa membawa kes untuk diselesaikan di mahkamah.