MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
Soalan Apakah status terkini pembinaan tambahan yang tidak sah di bangunan UMNO Cawangan Tanjong di Jalan Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang. Apakah tindakan-tindakan yang telah atau akan diambil oleh pihak-pihak berkenaan.
Dun -
Exco Y.B. TUAN CHOW KON YEOW
Perkara Kerajaan Tempatan

Jawapan
Kerja-kerja pindaan dan tambahan di Bangunan UMNO Cawangan Tanjong di Jalan Masjid Kapitan Keling telah pun diluluskan oleh MPPP pada 8.3.2007 melalui Pelan Bangunan No. 44841. Sijil Siap Kerja juga telah pun dikeluarkan pada 27.12.2007 terhadap kerja-kerja pindaan dan tambahan yang berkenaan.

Pihak Majlis tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan terhadap kerja-kerja pindaan dan tambahan yang sah.



Kembali