Jawapan
10. Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) sememangnya sentiasa berusaha meningkatkan mutu sukan bola sepak negeri ini dan sering kali meletakkan sasaran di awal musim agar pasukan dapat terus berada/kekal dalam saingan Liga Super bagi jangka waktu yang panjang.
Sebab utama kemerosotan pasukan negeri pada tahun ini adalah kerana 100 peratus pemain yang mewakili pasukan Pulau Pinang pada tahun ini adalah pemain muda (bawah 23 tahun) di kalangan tempatan. Para pemain ini jelas memerlukan tempoh setahun ke tiga tahun bagi menunjukkan satu tahap permainan yang lebih matang dan barulah boleh diukur tahap prestasi mereka selepas ini. Selain itu, FAP juga mementingkan pemain yang mempunyai semangat kenegerian agar benar-benar dapat menabur bakti terhadap pasukan Pulau Pinang.
Salah satu cara yang dilakukan oleh FAP bagi meningkatkan mutu sukan bola sepak negeri ini adalah dengan mengadakan Liga Bola Sepak Tempatan yang mana dapat dijadikan platform bagi mencungkil bakat di kalangan pemain-pemain muda tempatan seperti Liga bawah 18 tahun, bawah 21 tahun, Divisyen 1, 2 dan 3. Sebanyak lebih kurang 396 perlawanan dianjurkan oleh FAP sepanjang tahun bagi mengenal pasti bakat-bakat baru yang dapat ketengahkan/diserapkan ke dalam pasukan negeri pada masa akan datang dan sememangnya usaha ini tidak mudah tanpa bantuan berterusan daripada pihak Kerajaan Negeri sendiri.