Jawapan
Permohonan pemajuan Projek Penang Global City Center (PGCC), telah dikembalikan kepada arkitek pemaju untuk pindaan. Sehingga kini, pelan pindaan yang terkini masih belum dikembalikan kepada MPPP untuk proses selanjutnya.Walau bagaimanapun, sekiranya permohonan kebenaran merancang dikemukakan semula oleh pemaju, Kerajaan Negeri akan menimbang permohonan mengikut dasar dan garis panduan yang sedia ada. Sebarang keputusan yang dibuat akan dimaklumkan kepada pemohon secara rasmi mengikut peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976.