MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
Soalan Apakah galakan yang diberikan oleh kerajaan kepada pengusaha industri pembuatan dan pembaikan perkapalan ini bagi menggalakkan perkembangan termasuk memberikan kelulusan reclamation bagi pembesaran shipyard mereka di kawasan Pulau Jerejak, Batu Maung, Batu Kawan dan lain-lain.
Dun -
Exco KM
Perkara ADUN

Jawapan
Terdapat 3 syarikat yang berkecimpung dalam sektor pembuatan dan pembaikan kapal di Pulau Pinang iaitu;

i) Boustead Penang Shipyard Sdn. Bhd. di Pulau Jerejak;

ii) Nova Nautica Nova Shipbuilding & Engineering Sdn. Bhd. di
Prai; dan

iii) Limbongan Batu Maung Sdn. Bhd. di Batu Maung.

Pada masa ini, galakan kewangan atau insentif cukai hanya diberikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui agensi seperti MIDA (Taraf Perintis atau Pioneer Status). Insentif ini khusus kepada pelaburan di kawasan yang digalakkan iaitu di negeri Sabah, Sarawak dan negeri-negeri Koridor Timur. Pihak Kerajaan Negeri pula membantu dari segi mendapatkan kelulusan tempoh pegangan leasehold dan pengurusan reclamation.





Kembali