MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
Soalan Adakah kerajaan negeri sedar kekurangan peralatan moden dan mesin baru untuk kegunaan di hospital-hospital kerajaan. Apakah rancangan kerajaan negeri untuk melengkapkan kekurangan tersebut.
Dun -
Exco PBP
Perkara Kesihatan

Jawapan
Perancangan bagi penambahan peralatan perubatan baru sentiasa dibuat berdasarkan keperluan seperti pertambahan skop baru dan peningkatan beban tugas serta sebagai gantian peralatan yang lama. Jumlah peruntukan untuk perolehan peralatan perubatan di hospital-hospital kerajaan di Pulau Pinang telah meningkat daripada RM 3,231,455 dalam tahun 2005 kepada RM11,032,883 di dalam tahun 2007. Di antara peralatan moden yang baru diperolehi adalah mesin "CT scan" dan peralatan-peralatan dewan bedah di Hospital Seberang Jaya, mesin MRI di Hospital Kepala Batas, peralatan-peralatan untuk Pusat Jagaan Ambulatori di Hospital Pulau Pinang.

Di samping itu, terdapat juga beberapa peralatan terbaru yang dibekalkan terus daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (melalui perolehan secara tender pusat) seperti Mesin Mammogram, Echocardiogram Pediatrik, Ultrasound Doppler, Mesin X-ray dan sebagainya.





Kembali