Jawapan
(a) Mengikut rekod MPSP, terdapat sejumlah 13 bangunan bertingkat yang perlu menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) dalam KADUN Bukit Tengah. Senarai adalah seperti di bawah:-
i. Pangsapuri Seri Pelangi
ii. Plaza Bukit Mertajam (PT 10, Mk 10, SPT)
iii. Plaza Bukit Mertajam (PT 15, Mk 10, SPT)
iv. Taman Limau Manis
v. Taman Mutiara
vi. Taman Sirih
vii. Taman Bayu Mutiara
viii. Taman Cendana
ix. Taman Juru
x. Taman Seri Delima Indah
xi. Taman Seri Delima Impian
xii. Taman Bukit Minyak
xiii. Taman Mengkudu
(b) Sehingga bulan Jun 2008 terdapat 3 bangunan bertingkat iaitu Taman Cendana, Taman Seri Delima Indah dan Taman Seri Delima Impian telah berjaya menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) sementara sepuluh lagi masih dalam proses penubuhan.