Jawapan
Tindakan yang telah diambil oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai terhadap pemilik premis di Seberang Perai yang menjalankan tambahan dan pindaan tanpa kebenaran ialah:
i. Mengeluarkan notis iaitu :
a. Notis Berhenti Kerja;
b. Notis Mengemukakan Pelan; dan
c. Notis Tukar Guna
ii. Mengenakan Bayaran Denda Pelan iaitu denda 5-10 kali ganda bayaran asal
iii. Tindakan Mahkamah
iv. Tindakan Meruntuh
Statistik tindakan penguatkuasaan yang telah dilakukan sejak tahun 2004 adalah seperti berikut :
i. Notis Berhenti Kerja - 2,725 pemilik
ii. Notis Mengemukakan Pelan - 1,238 pemilik
iii. Tindakan Mahkamah - 2 pemilik
iv. Notis Meruntuh - 8 pemilik