Jawapan
5. Sememangnya, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) telahpun mempunyai perancangan untuk menukar saluran paip AC yang lama kepada paip baru di kawasan meliputi Taman Senangan Fasa 2 dalam tahun 2009.
PBAPP akan mengenalpasti paip-paip AC lama dalam sistem retikulasinya dan menukar ke paip-paip baru mengikut kriteria-kriteria yang tertentu. Kriteria-kriteria memilih sesalur untuk penukaran adalah seperti berikut:-
(1) Berapa banyak paip pecah dalam setahun bagi satu-satu kawasan
(2) Jangka umur paip
(3) Bilangan rumah yang terlibat
(4) Jumlah kos penukaran
(5) Aduan tekanan air rendah