Jawapan
Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Jalan Betek, Sg. Rambai sebenarnya boleh digunakan oleh orang ramai sejak 2 Jun 2007 melalui tempahan bagi penggunaan padang bola dan trek. Walau bagaimanapun, kemudahan trek yang disediakan adalah dikhaskan untuk kegunaan high performance sport sahaja seperti yang dipersetujui bersama oleh EXCO Belia & Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti pada ketika itu, MPSP dan Majlis Sukan Negara. Manakala kolam renang pula telah dibuka kepada orang ramai mulai 2 Jun 2008. Jumlah pengguna kolam renang sehingga akhir bulan Jun 2008 adalah seramai 9,185 orang.
Semua kerosakan yang dikenalpasti telah dibaiki oleh pihak kontraktor. Walau bagaimanapun, kerja penambahbaikan akan dilakukan dari semasa ke semasa terutamanya hasil maklum balas daripada pengguna kompleks sukan tersebut.