Jawapan
MPSP telah mengeluarkan tender untuk membekal dan menyerah 400 unit tong sampah kompak (CU) Jenis B (No. Tawaran T0307001) pada 15 Januari 2008 dan telah ditutup pada 4 Februari 2008.
Mesyuarat Lembaga Tawaran pada 29 Februari 2008 telah memutuskan untuk melantik sebuah syarikat kontraktor bagi membekalkan 400 unit tong sampah kompak tersebut. Surat tawaran telah dikeluarkan pada 3 Mac 2008 dan tempoh serahan adalah 2 bulan dari tarikh surat lantikan.
Namun begitu, kontraktor berkenaan telah gagal untuk membekalkan tong sampah dalam tempoh masa yang telah ditetapkan atas alasan kenaikan harga. Tindakan terhadap kontraktor tersebut telah diambil dengan menamatkan kontrak melalui notis penamatan yang telah dikeluarkan pada 23 Mei 2008.
Pada masa kini, MPSP dalam proses untuk memanggil tender semula pada bulan ini bagi pembekalan tong sampah tersebut. Tong-tong sampah yang telah rosak akan digantikan apabila bekalan tong sampah baru diterima.