Jawapan
27. Untuk mempertingkatkan kebersihan tandas awam, langkah yang sedang dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:
(i) Menjalankan Kempen Kesedaran mengenai kebersihan tandas.
Sebanyak 2,000 risalah telah diedarkan kepada orang awam dan dipamerkan di dalam tandas berkaitan tentang ‘Cara Penggunaan Tandas Awam Yang Baik’. Pendidikan adalah satu langkah secara berterusan dan akan dijalankan dan dipertingkatkan lagi.
(ii) Program Menaik taraf Tandas
Pada tahun 2005 dan 2006, sebanyak 5 buah tandas telah dinaik taraf iaitu tandas Jalan Perak, Padang Kota Lama, Medan Renong, Kampong Kolam dan Medan Pejalan Kaki KOMTAR. Untuk tahun 2007, tandas Taman Perbandaran, Persiaran Gurney dan Bukit Jambul telah siap dinaik taraf. Kerajaan Negeri juga sedang merancang untuk menaik taraf 2 buah lagi tandas awam untuk tahun ini, iaitu tandas di Padang Brown dan tandas di Sungai Nibong. Di samping itu, Kerajaan Negeri juga telah merancang untuk menaik taraf / mengubah suai tandas awam di tempat pelancongan iaitu tandas awam di Pantai Sunshine, Medan Renong, Lorong Kulit, Medan Pejalan Kaki kOMTAR dan Pasar Chowrasta mengikut konsep baru.
(iii) Konsep Tandas Baru
Kerajaan Negeri juga dalam rancangan memperkenalkan konsep tandas baru yang meliputi seperti berikut :
(a) Memperkenalkan spesifikasi baru ke atas penyelenggaraan dan pengendalian tandas awam Kerajaan Negeri kepada pekerja dan penjaga tandas awam ;
(bi) Memperkenalkan rekabentuk yang menarik dan bekalan peralatan di tandas awam mengikut kesesuaian dan vandal proof ;
(c) Membina tandas awam mengikut piawaian standard Malaysia Malaysian Standards ;
(d) Membekal kemudahan tandas yang lebih baik dan berkualiti seperti alat pewangi, tong tuala sanitari wanita, alat mencuci tangan jenis foam, sistem pembersihan diri tanpa hos bidet dan lain-lain peralatan yang sesuai ;
(e) Mewujudkan ruang tukar lampin dan mengadakan pipe-in music di dalam bangunan tandas;
(f) Mendedahkan kakitangan terlibat dengan teknik penyelenggaraan dan pengendalian serta pengurusan tandas awam yang baik melalui lawatan ke tempat yang berjaya dan latihan yang sesuai, dan
(g) Mewujudkan landskap yang menarik sama ada di dalam atau luar kawasan bangunan tandas, atau kedua-duanya sekali.
(iv) Pemantauan Kerja Pembersihan
Kerajaan Negeri akan memantau dengan rapi tahap kerja kebersihan yang dijalankan oleh pekerja.
Kerajaan Negeri telah dan akan mengambil pelbagai tindakan secara berterusan untuk mempertingkatkan kebersihan tandas awam.
Perancangan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam tempoh 5 tahun bagi meningkatkan tahap kebersihan tandas awam adalah seperti berikut :
(i) Kempen ‘Kesedaran Penggunaan Tandas Awam’;
(ii) Sambutan ‘Hari Tandas Sedunia Peringkat Negeri’;
(iii) Penggredan tandas awam; dan
(iv) Mengambil tindakan denda dan sebagainya termasuk menutup premis perniagaan berkenaan jika tandas didapati kotor.
Berikut merupakan statistik tandas awam di Seberang Perai dan sasaran peningkatan kebersihan tandas.
Bil Jenis Perniagaan Jumlah Tandas
Awam
1. Restoran, kedai kopi dan makanan 1513
2. Stesyen minyak 62
3. Kompleks Penjaja Kerajaan 56
4. Kompleks Penjaja Swasta 12
5. Pasaraya 9
6. Pasar Awam Kerajaan 28
7. Terminal Bas, Stesyen Keretapi 6
8. Tandas Awam Kerajaan 2
JUMLAH :-
1688