Jawapan
26. Kerajaan negeri sememangnya mempunyai cadangan untuk membina jalan yang menghubungkan Jalan Bukit Tambun ke Jalan Perusahaan melalui Penang Science Park dan Kebun Baru Juru. Jajaran jalan ini adalah sebagai laluan alternatif ke Batu Kawan tanpa melalui Lebuhraya Utara Selatan iaitu bagi mengelakkan kesesakan di kawasan Bukit Tengah (Auto-City) dan Plaza Tol Bukit Tambun, jalan continuity antara Taman Perindustrian Perai, Taman Perindustrian Bukit Tengah dan Taman Perindustrian Bukit Minyak.
Sehingga kini kerajaan negeri melalui PDC telahpun menyiapkan jalan 100 kaki dari Jalan Bukit Tambun ke Penang Science Park. Namun begitu, bagi segmen jajaran yang menyambungkan Penang Science Park ke Jalan Perusahaan melalui Kebun Baru Juru ianya masih dalam peringkat perancangan kerana melibatkan pengambilan balik tanah. Kerajaan negeri akan berusaha mendapatkan peruntukan bagi segmen jalan tersebut dalam Rancangan Malaysia akan datang.