Jawapan
Kegunaan tanah mengikut kategori di Pulau Pinang adalah seperti di Lampiran A.
Kegunaan tanah mengikut kategori sama ada bangunan, perindustrian atau pertanian dinyatakan dengan jelas di dalam Pelan Rancangan Struktur Negeri (RSN) yang telah diwartakan pada 28.6.2007. Penukaran syarat tanah daripada pertanian kepada lain-lain kegunaan adalah berpandukan kepada syor dan perakuan sebagaimana yang termaktub dalam RSN berkenaan. Perakuan di dalam RSN perlu dipatuhi sebaik mungkin memandangkan dokumen tersebut telah disediakan mengikut proses perundangan Akta Perancang Bandar dan Desa.
Rekod tanah-tanah pertanian yang telah ditukar syarat bagi tahun 2008 adalah seperti di Lampiran B.