Jawapan
Kerajaan Negeri tidak pernah membatalkan rancangan untuk membantu 100,000 rakyat miskin dan kurang berkemampuan di Pulau Pinang.
a) Jumlah 100,000 penerima bantuan adalah termasuk rakyat miskin dan
penduduk kurang berkemampuan yang terdapat di negeri ini. Cadangan
pemberian bantuan adalah seperti berikut:
i. Rakyat Negeri Pulau Pinang yang tinggal di rumah-rumah kos rendah;
ii. Rakyat Negeri Pulau Pinang yang berdaftar dengan Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Unit Perancang Ekonomi Negeri
(UPEN);
iii. Rakyat Negeri Pulau Pinang yang tersenarai di dalam Program
Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT);
iv. Rakyat Negeri Pulau Pinang yang berpendapatan isi rumah kurang
daripada RM1500 sebulan; dan
v. Pengguna air secara meter pukal (tarif 5).
b) Sumber pembiayaan adalah dari peruntukan Kerajaan Negeri sendiri.
c) Perkara ini akan dibentangkan di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah
PBAPP yang akan datang.