MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
Soalan Adakah kerajaan berhasrat untuk menggubal atau memperkenalkan satu Kod Gangguan Seksual memandangkan terdapat banyak kilang dan syarikat yang kini mempunyai ramai pekerja yang terdiri daripada kaum wanita. (a) Sekiranya ada, nyatakan bila kod tersebut boleh digubal atau diperkenalkan. (b) Sekiranya tidak, sila nyatakan samada kerajaan negeri berhasrat berbuat demikian.
Dun -
Exco OKF
Perkara -

Jawapan
Kerajaan Negeri sehingga ini belum membuat perancangan untuk memperkenalkan kod gangguan seksual memandangkan Kementerian Sumber Manusia telah menggubal Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja yang diguna pakai oleh semua majikan di Pulau Pinang. Selain itu, Kerajaan Negeri dengan bantuan Jabatan Tenaga Kerja Pulau Pinang telah mengambil langkah-langkah berikut:-
(i) Majikan diberi nasihat dan penerangan supaya mempertingkatkan kesedaran mengenai betapa mustahaknya mengamalkan kod tersebut di tempat kerja; dan

(ii) Mengedarkan buku risalah Kod Amalan untuk ‘Mencegah Dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja’ secara percuma kepada semua majikan.

Kerajaan Negeri juga akan sentiasa berusaha untuk memastikan kawasan tempat kerja diseluruh Pulau Pinang bebas dari gangguan seksual. Kerajaan Negeri sentiasa berkerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia dan jabatan / agensi kerajaan yang berkaitan dalam memastikan kes-kes yang melibatkan gangguan seksual adalah di peringkat minima. Walau bagaimanapun, kerjasama dari rakyat dan majikan juga amat diperlukan bagi memastikan kegiatan yang tidak bermoral ini dapat dihapuskan sepenuhnya.
Kembali