Jawapan
JAWAPAN OLEH Y.A.B. KETUA MENTERI
26. (a) Kerajaan telah mengumumkan untuk menimbang permohonan-permohonan bagi menukar jenis hakmilik daripada pajakan kepada pegangan kekal. Hasil daripada penukaran ini akan menyebabkan peningkatan harga ke atas hartanah yang berkenaan. Justeru itu, kerajaan akan mengenakan bayaran premium tambahan ke atas tanah-tanah yang terlibat mengikut formula berikut:-
Premium tambahan : Nilai pasaran hartanah mengikut pegangan kekal TOLAK nilai pasaran hartanah mengikut baki pegangan yang ada
Nilai pasaran ini adalah berbeza-beza mengikut daerah dan mengikut kawasan. Setakat ini Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk memberikan insentif dalam bentuk potongan harga premium. Sambutan daripada orang ramai amat menggalakkan berdasarkan kepada lebih 5000 pertanyaan-pertanyaan telah diterima setakat ini.
(b) Pejabat-pejabat Tanah Daerah memang berupaya memproses permohonan-permohonan ini, dan dijangkakan setiap permohonan dapat diselesaikan dalam tempoh tiga (3) bulan.