MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
Soalan
Apakah langkah-langkah yang dapat diambil untuk mengurangkan pekerja negara asing tanpa izin yang selalu merayau-rayau di atas jalan secara berkumpulan dan mungkin menjejaskan keselamatan orang awam.
Dun
-
Exco
KM
Perkara
Keselamatan
Jawapan
5. Langkah yang perlu diambil oleh orang awam ialah melaporkan kepada Jabatan Imigresen atau PDRM mengenai kewujudan pekerja asing tanpa izin ini supaya tindakan lanjut boleh diambil.
Jabatan RELA dengan bantuan Jabatan Imigresen akan membuat pemantauan dan Operasi Kutip bagi memastikan pekerja asing mempunyai permit dan dokumen perjalanan yang sah. RELA juga akan membuat tinjauan bagi mengenalpasti jumlah pekerja asing dan juga masa mereka merayau-rayau di setiap kawasan.