MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
Soalan Sila nyatakan apakah panduan kerja pembangunan kerajaan negeri diaktakan dengan jelas. Apakah jenis dan berapakah jumlah kes pembinaan yang telah dikecualikan daripada panduan tersebut.
Dun -
Exco Y.B. TUAN CHOW KON YEOW
Perkara -

Jawapan
Berdasarkan Akta Perancang Bandar dan Desa 1976, tiada siapa yang dibenarkan melaksanakan apa-apa pemajuan tanpa mendapatkan Kebenaran Merancang dari Pihak Berkuasa Tempatan.

Bagi projek-projek Kerajaan, terdapat arahan Kabinet/Jemaah Menteri yang menyatakan bahawa semua Projek Kerajaan perlu mengemukakan Permohonan Kebenaran Merancang dan ia hendaklah diluluskan dan Kebenaran Merancang diberikan terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan. Setakat ini tiada pengecualian diberi kepada mana-mana pihak.

Di antara akta–akta yang digunakapai oleh Kerajaan Tempatan dalam mempertimbangkan pelan-pelan bangunan adalah seperti berikut:-

i. Akta Kerajaan Tempatan 1976
ii. Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974
iii. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976
iv. Undang – Undang Kecil Bangunan Seragam 1986
v. Undang-Undang Kecil Kerja Tanah
vi. Lain-lain peraturan/garis panduan yang digunapakai seperti DOSH dan CIDB.


Di antara garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan Negeri yang digunapakai oleh Kerajaan Tempatan adalah :-

i. Garispanduan Pengurusan Industri Burung Walit Bagi Negeri Pulau Pinang (Mesyuarat Majlis Kerajaan Tempatan pada 4 Ogos 2005 disahkan pada 10 Ogos 2005)

ii. Garispanduan Perancangan Menara Telekomunikasi dan Sistem Pemancar Selular (Mesyuarat Majlis Kerajaan Tempatan pada 27 Julai 2005 disahkan pada 4 Ogos 2005)


iii. Garispanduan Penyelarasan Prosedur Bagi Perlaksanaan Projek oleh Agensi dan Jabatan Kerajaaan. (Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang – K35 6/2006)

Pembangunan yang dikecualikan daripada permohonan kebenaran merancang adalah bagi pembangunan yang diperuntukan di bawah Akta 172, seksyen 19 (2) (a) - (g) seperti di Lampiran ID 437.
Kembali