Jawapan
Kesemua lesen teksi di Pulau Pinang dikeluarkan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Oleh sebab pengeluaran lesen teksi dan lain-lain kenderaan perdagangan adalah di bawah bidang kuasa persekutuan, negeri tidak boleh mengeluarkan lesen / permit teksi sendiri. Kerajaan Negeri tidak boleh mengenepikan peruntukan-peruntukan atau menyaman Kerajaan Persekutuan memandangkan urusan tersebut adalah terletak di bawah bidang kuasa persekutuan sepertimana yang termaktub dalam Senarai 1, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.