MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
Soalan MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERTAMA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEDUABELAS 21 JULAI 2008 PERKARA : 5(B)(XXIV)13 SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN TANJUNG BUNGA Y.B. TUAN TEH YEE CHEU 13. Apakah tindakan yang akan diambil oleh Kerajaan Negeri untuk mempromosikan pelancongan berbudaya dan saintifik seperti penggunaan yang lebih baik untuk muzium, perpustakaan, taman botanik, pertunjukan budaya, pameran seni dan akuarium Fishery Research Institute di Batu Maung.
Dun -
Exco LHK
Perkara Pelancongan

Jawapan
Y.B. TUAN LAW HENG KIANG
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

13. Pelbagai tindakan telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi mempromosikan pelancongan budaya dan saintifik yang sememangnya amat berpotensi dan boleh dimajukan. Antara langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri adalah seperti berikut:

(i) Memberi pendedahan/maklumat terkini kepada pelancong luar Negara dan tempatan mengenai produk pelancongan seni dan budaya yang ada di Negeri Pulau Pinang.

(ii) Mempelbagaikan aktiviti merakyatkan seni dan budaya,

(iii) Sentiasa memantau dan menambah baik mutu perkhidmatan dan mengamalkan perkhidmatan yang berkesan.

(iv) Sentiasa memantau dan menambahbaik sistem penyelenggaraan serta menaiktaraf mutu persembahan/ konsep pameran.

(v) Menambah dan memastikan koleksi barangan pameran di dalam keadaan yang baik untuk dipamerkan.

(vi) Menitik berat pendapat, pandangan serta komen umum yang memberi kebaikan kepada jabatan/negeri.

(vii) Menggalakkan orang ramai menyertai pameran/ pertandingan yang dianjurkan.

(viii) Menaiktaraf Bilik Penduduk & Perkahwinan tiga kaum utama yang terdapat di Pulau Pinang untuk keselesaan & menarik lebih ramai para pengunjung.

(ix) Menaik taraf ( 3 ) Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang.

(x) Mengedarkan risalah dan kalendar aktiviti Muzium & Balai Seni Lukis kepada institusi dan jabatan berkaitan untuk tujuan mempromosi.

Kerajaan Negeri akan meneruskan usaha untuk memperhebatkan aktiviti pelancongan dan muzium, perpustakaan, taman botanik, pertunjukan budaya, pameran seni dan akuarium (Fishery Research Institute) tidak akan terkecuali. Segala perancangan untuk sektor pelancongan di Pulau Pinang akan dijalankan secara menyeluruh dan melibatkan semua kawasan di Pulau Pinang.

Kembali