Jawapan
Kerajaan Negeri begitu prihatin untuk membantu masyarakat miskin tegar. Hasilnya, Kerajaan Negeri dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM2,152,100.00 melalui Kumpulan wang Amanah kebajikan Pulau Pinang untuk membantu masyarakat miskin tegar di negeri ini.
Dana yang di kumpul adalah hasil sumbangan daripada 238 buah syarikat dan pertubuhan bukan kerajaan dalam tempoh bulan Mac hingga Jun 2009 dan mereka secara automatik menjadi Rakan Anti Kemiskinan (RAK) . Senarai syarikat dan jumlah sumbangan yang disampaikan boleh diperolehi dalam waktu pejabat di UPEN.