Jawapan
Kawasan tanah yang dikenali PT 36 dan tanah tebusguna di laut yang dikenali PT B, Bandar Tanjong Bunga, Daerah Timur Laut adalah tanah kerajaan iaitu dasar laut. Kedua-dua tanah ini telah dipohon oleh Syarikat Purerich Realty Sdn. Bhd. Kronologi permohonan adalah seperti berikut:-
Tarikh Perkara
17.2.1993 - Syarikat mengemukakan permohonan ke Pejabat Tanah, Daerah Timur Laut
21.7.1994 - Pentadbir Tanah, Daerah Timur Laut mengemukakan Kertas MMK kepada PTG
13.9.1994 - Permohonan dibincangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tanah dan bersetuju supaya permohonan ini diluluskan.
12.10.1994
dan disahkan 19.10.1994 - MMK telah bersetuju untuk meluluskan permohonan seperti berikut:-
i) Pemberian milik tanah kerajaan Petak ‘A’ bertentangan Lot 47, Bandar Tanjong Bunga seluas lebih kurang 1.5 ekar.
ii) Permohonan Lesen Pendudukan Sementara Petak ‘B’ seluas lebih kurang 14.514 ekar.
27.10.1994 - Keputusan MMK telah disampaikan kepada Pentadbir Tanah, Daerah Timur Laut.
3.1.1995 - Pentadbir Tanah, Daerah Timur Laut telah mengemukakan rayuan syarikat ke PTG seperti berikut:-
i) Pengurangan bayaran premium;
ii) Menambah tempoh pajakan;
iii) Menjelaskan bayaran premium secara ansuran selama 10 tahun.
iv) Menangguhkan tempoh bayaran Lesen Pendudukan Sementara.
13.2.1995 - Jawatankuasa Kerja Tanah memperakukan supaya permohonan rayuan daripada Syarikat Purerich Realty Sdn. Bhd. diluluskan kecuali menolak permohonan untuk menangguhkan tempoh bayaran Lesen Pendudukan Sementara.
29.3.1995 dan disahkan
5.4.1995
- MMK bersetuju dengan syor oleh Jawatankuasa Kerja Tanah.
12.4.1995 - Keputusan MMK telah disampaikan kepada Pentadbir Tanah, Daerah Timur Laut
28.10.1995 - Pentadbir Tanah, Daerah Timur Laut mengemukakan permohonan untuk mengeluarkan hakmilik sementara bagi Petak A, Bandar Tanjong Bungah.
28.11.1995 - PTG mengeluarkan Suratan Hakmilik Sementara No. HS(D)545, PT.36, Bandar Tanjong Bunga bagi tanah diberimilik.
8.6.1999 - Pentadbir Tanah, Daerah Timur Laut menulis kepada PTG minta pandangan mengenai cadangan syarikat untuk membina sebuah rumah kelab di atas tanah ini.
15.6.1999 - Jawatankuasa Tanah telah bersetuju dengan syor syarikat.
28.7.1999 dan disahkan 4.8.1999 - MMK menangguhkan permohonan syarikat untuk membina sebuah rumah kelab.
24.10.2000 - Jawatankuasa Tanah membincangkan semula permohonan syarikat untuk membina sebuah rumah kelab.
31.1.2001 dan disahkan
8.2.2001 - MMK menangguhkan permohonan syarikat.
21.2.2001
dan disahkan 28.2.2001
- MMK menolak permohonan syarikat untuk membina sebuah rumah kelab.
12.3.2001 - Keputusan MMK telah disampaikan ke Pentadbir Tanah, Daerah Timur Laut.
Berdasarkan kepada kronologi di atas, maka tanah PT.36 adalah dimiliki oleh Syarikat Purerich Realty Sdn. Bhd. manakala PT.B, Bandar Tanjong Bunga seluas 14.5.ekar adalah tanah kerajaan yang sebelum ini dikeluarkan Lesen Pendudukan Sementara kepada Syarikat Purerich Realty Sdn. Bhd.