MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
10/08/2009 hingga 13/07/2009 05:00:00 PM
Soalan Nyatakan program kerajaan negeri untuk mempromosikan "garbage enzyme" untuk mengurangkan sampah dan membersihkan alam sekitar kita.
Dun -
Exco Y.B. TUAN CHOW KON YEOW
Perkara Alam Sekitar

Jawapan
”Garbage Enzyme” atau GE telah dilaksanakan oleh pihak SERI bersama-sama dengan Penduduk-penduduk Persatuan dan NGO. MPPP mempromosikan “garbage enzyme” untuk mengurangkan sampah dan membersihkan alam sekitar semasa menjalankan ceramah kitar semula dan memberi penerangan berkaitan kebaikan untuk membuat (Effective Micro Organism) atau Mikro Oraganism Efektif (EM) atau pun GE kepada orang ramai.

“Garbage Enzyme” dihasilkan dari bahan buangan sisa rumah seperti sisa sayur dan kulit buah dan seterusnya difermentasikan menjadi EM. Ia berkebolehan melupus bahan organik dan seterusnya mengeluar bahan larutan yang berfaedah seperti asid amino, gula, alkohol, hormon dan sebatian organik.

Kaedah membuat EM adalah seperti berikut:-

Nisbah

a. Gula merah / molasses : 1
b. Sisa makanan (contoh: sisa sayur, kulit buah) : 3
c. Air : 10

(a) Campur gula merah dengan air dan diikuti sisa makanan dalam
bekas.
(b) Tinggal 1/3 ruang dalam bekas untuk fermentasi.
(c) Membuka penutup bekas setiap hari bagi pengeluaran gas.
(d) Mengacau bahan-bahan terapung.
(e) Cecair EM boleh diguna selepas 3 bulan.

Kawalan Kualiti EM adalah seperti berikut:-

(a) pH : di bawah 3.5.

(b) bau : Masam harum.
(tidak boleh diguna jika ia berbau busuk)

Kebaikan EM untuk membersihkan alam sekitar adalah seperti berikut:

(a) Dalam Rumah
(i) Mengurang bau busuk serta menjadi sisa dapur sebagai bagi organik
(ii) Menghilangkan bau busuk dan comot dalam dapur serta bilik mandi.
(iii) Membantu menghalau serangga.
(iv) Membasuh lantai.

(b) Pertanian

(i) Mengurang penggunaan bahan kimia yang berlebihan.
(ii) Memelihara ladang bebas dari penyakit dan serangga.
(iii) Sebagai baja untuk tanaman.
(iv) Memulih tanah yang bermasalah.
(v) Tahi haiwan yang dirawat dengan EM akan mengurang bau dan
meningkatkan kualiti baja kompos.


(c) Longkang/Sungai

Membersihkan longkang/sungai supaya tidak berbau busuk.
Melalui program LA21, MPSP sedang memberi ceramah kepada komuniti untuk membuat “garbage enzyme”. Tunjuk ajar diadakan sekurang-kurangnya dua kali sebulan. Pada masa ini adalah sukar untuk mendapat sisa buah-buahan bagi membuat “garbage enzyme”. Bagi ladang-ladang ternakan ayam dan babi para penternak juga membuat “garbage enzyme” bagi penggunaan di ladang. MPSP juga mampu mengeluarkan 3,000 liter “garbage enzyme” seminggu.



Kembali