MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
10/08/2009 hingga 13/07/2009 05:00:00 PM
Soalan Huraikan pecahan jantina pekerja kakitangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan terperinci. Nyatakan program / tindakan kerajaan negeri untuk mencapai matlamat 30% sumber wanita mengambil bahagian dalam perkhidmatan kerajaan negeri.
Dun -
Exco TKM II
Perkara Pentadbiran

Jawapan
Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 30 Jun 2009, seramai 989 daripada 3,350 penjawat awam atau 29.5 peratus adalah merupakan dari sumber tenaga wanita yang telah diambil bekerja di perkhidmatan awam Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Ini bermakna, kerajaan negeri hampir mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Maklumat perjawatan penjawat awam di Pentadbiran Negeri Pulau Pinang adalah seperti di Lampiran A.

Justeru, kerajaan negeri akan meneruskan usaha-usaha bagi memastikan peratusan ini dapat dipertingkatkan lagi bagi memberi peluang kepada golongan wanita bersama-sama menyumbang ke arah kemajuan negeri ini.
Kembali