MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
10/08/2009 hingga 13/07/2009 05:00:00 PM
Soalan Sila nyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memastikan supaya wabak influenza A tidak merebak di Negeri Pulau Pinang.
Dun -
Exco PBP
Perkara Kesihatan

Jawapan
Kerajaan negeri melalui Jabatan Kesihatan Negeri telah mengambil tindakan serta langkah-langkah yang positif dan proaktif untuk menyekat penyebaran dan penularan penyakit H1N1 di Pulau Pinang seperti berikut:-

(a) Mengaktifkan Jawatankuasa Pandemic Influenza di peringkat negeri dan daerah;


(b) Memperkukuhkan Sistem Pengawasan Influenza Malaysia melalui saringan di semua pintu masuk udara dan laut;


(c) Memperkukuhkan Sistem Notifikasi mengenai kes suspek dan kes yang telah disahkan dengan segera (dalam tempoh 24 jam) ke Bilik Gerakan Negeri. Penyaringan dijalankan di pintu masuk penerbangan dan kapal antarabangsa oleh anggota kesihatan. Pemberian Health Alert Card dan mengisi borang Health Declaration kepada semua pelancong;


(d) Saringan kes demam di semua klinik kesihatan dan jabatan kecemasan hospital melalui Kaunter Triage yang telah diwujudkan;


(e) Pengambilan contoh throat swab dari mereka yang demam dan mempunyai tanda-tanda Influenza;


(f) Kes-kes positif dan memiliki komplikasi dimasukkan untuk rawatan di Wad Isolasi Hospital Pulau Pinang;


(g) Mempertingkatkan Surveillance Influenza Like Illness (ILI) dengan pemantauan cuti sakit dalam kalangan pekerja kesihatan;


(h) Menggalakkan melaporkan ketidakhadiran pekerja yang luar biasa (ramai) di tempat kerja dan pelajar di institusi dan sekolah ke Bilik Gerakan Negeri;

(i) Penguatkuasaan perintah pemerhatian dan pengawasan di rumah kediaman bagi konteks jangkitan Influenza A (H1N1) di bawah Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988;


(j) Memberi pendidikan kesihatan dan risalah serta poster kepada orang awam, sekolah, institusi, kilang dan lain-lain agensi kerajaan mengenai Influenza dan cara mengelakkan jangkitan serta hebahan melalui media massa;


(k) Memberi maklumat terkini kepada orang awam mengenai situasi semasa melalui internet dan laman web Kementerian Kesihatan Malaysia serta tindakan yang perlu diambil oleh mereka; dan


(l) Menghadkan pelawat-pelawat ke hospital dan melarang ibu bapa membawa anak-anak di bawah umur (12 tahun) melawat pesakit di hospital.
Kembali