MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
10/08/2009 hingga 13/07/2009 05:00:00 PM
Soalan Sila nyatakan kawasan-kawasan yang masih lagi menjadi kawasan strategik lokasi kes jenayah di Negeri Pulau Pinang mengikut daerah pada masa ini.
Dun -
Exco KM
Perkara Isu

Jawapan
Secara keseluruhannya, jenayah indeks di Pulau Pinang masih berada di tahap terkawal. Walaupun Kerajaan Negeri dengan kerjasama pihak polis dan pihak berkuasa tempatan telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk menangani masalah keselamatan yang dihadapi oleh orang awam, kes jenayah masih lagi berlaku di beberapa kawasan di Negeri Pulau Pinang.

Kawasan-kawasan strategik bagi lokasi jenayah ini melibatkan setiap daerah iaitu Daerah Barat Daya, Daerah Timur Laut, SPS, SPT dan SPU. Lokasi-lokasi strategik kes jenayah di Pulau Pinang mengikut pecahan daerah adalah seperti berikut:

1. Daerah Barat Daya

1.1 Lengkok Mahsuri
1.2 Persiaran Mayang Pasir
1.3 Taman Seri Bayu
1.4 Flat Mutiara Perdana

2. Daerah Timur Laut

2.1 Gat Lebuh Macallum
2.2 Flat Padang Tembak
2.3 Medan Angsana
2.4 Tingkat Paya Terubong

3. Daerah Seberang Perai Selatan

3.1 Kawasan Flat Taman Jentayu
3.2 Taman Merak
3.3 Taman Puteri Gunung
3.4 Kawasan Taman Jawi Jaya

4. Daerah Seberang Perai Tengah

4.1 Apartment Permata
4.2 Flat Teluk Indah
4.3 Kawasan Flat Seri Janggus
4.4 Flat Tenggiri

5. Daerah Seberang Perai Utara

5.1 Flat Ampang Jajar
5.2 Mak Mandin
5.3 Taman Pantai Bersih
5.4 Taman Pandan

Kembali