Jawapan
Pelbagai langkah telah diambil oleh Kerajaan Negeri untuk memulihkan kembali Stadium negeri Batu Kawan. Kerajaan Negeri dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang dan Persatuan-persatuan Sukan, Jabatan-jabatan dan Agensi-agensi Kerajaan telah pun menganjurkan beberapa program untuk menjadikan Stadium Negeri Batu Kawan sebagai Stadium Komuniti seperti program“ Pi Batu Kawan – Karnival Buah-buahan dan Makanan 2009â€, Liga Bola sepak Piala Malaysia, Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Pulau Pinang, Astro Ceria dan sesi latihan skuad SUKMA untuk acara balapan dan silambam. Dengan penggunaan yang berterusan di stadium berkenaan menjadikan ia lebih berfungsi.
Kerajaan Negeri juga menjadikan perkarangan Stadium Negeri Batu Kawan sebagai pusat sukan permotoran sama ada secara mingguan, bulanan atau tahunan. Acara-acara sukan bermotor yang telah dikenal pasti ialah Kejuaraan Cup Prix Malaysia AAM Petronas, Pertandingan Radio kawalan Jauh, Pertandingan Pocket Bike, Demonstrasi KTM, Pertandingan Go Kart, Pertandingan Motor Cross, Demonstrasi Helikopter Kawalan Jauh, Pertandingan Layang-layang dan Demonstrasi Drift.
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga bekerjasama dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai dan beberapa Jabatan dan Agensi-agensi Kerajaan bagi menganjurkan aktiviti bersukan, berekreasi dan penjualan makanan secara bulanan.
Adalah diharapkan dengan penganjuran aktiviti-aktiviti seumpama ini, maka Stadium Negeri Batu Kawan akan menjadi sebuah Stadium Komuniti yang terbaik di Malaysia.