MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
10/08/2009 hingga 13/07/2009 05:00:00 PM
Soalan Adakah pihak JKR mempunyai apa-apa cadangan untuk menaiktarafkan Jalan Paya Terubong yang semakin tidak mampu menampung kesesakan lalu lintas.
Dun -
Exco LHS
Perkara ADUN

Jawapan
Bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Jalan Paya Terubong dan Persimpangan Jalan Paya Terubong/Jalan Dato’ Ismail Hashim, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mencadangkan Projek Naik Taraf Jalan Paya Terubong dari Jalan Air Itam/Bandar Baru Air Itam ke Jalan Paya Terubong/Jalan Relau, Daerah Timur Laut.

Projek ini telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMKe-9) tetapi tidak diluluskan. Pihak JKR telah memohon semula di dalam Kajian Semula RMKe-9 tetapi masih tidak diluluskan.

Pihak JKR akan memasukkan cadangan projek ini di dalam Rancangan Malaysia Ke-10.


Kembali