Jawapan
Bagi pembangunan projek perumahan yang melibatkan konsep petak tanah (landed strata), pihak pemaju hendaklah memenuhi kehendak Subseksyen 6(1A) Akta Hakmilik Strata 1985 seperti berikut:-
a) Bangunan-bangunan yang dicadangkan untuk pembangunan hendaklah terdiri di atas tanah beri milik.
b) Keseluruhan cadangan kemajuan tersebut hendaklah terletak di dalam sempadan 1 lot yang berkenaan.
c) Telah memperolehi Hakmilik Muktamad (sama ada hakmilik Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah) atau bagi keadaan yang mana masih Hakmilik Sementara (sama ada hakmilik Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah), perlu disertakan bersama pelan akui yang telah diluluskan oleh Pengarah Ukur.
d) Terdapat sekurang-kurangnya dua (2) bangunan atau lebih, dan bangunan tersebut hendaklah tidak melebihi empat (4) tingkat.
e) Bangunan hendaklah mempunyai Sijil Kelayakan menduduki sebelum permohonan pecah bahagi petak dibuat.
e) Permohonan untuk kebenaran merancang bagi pemajuan landed strata perlu dirujuk ke Pejabat Tanah/ Pejabat Tanah dan Galian untuk mendapatkan ulasan. Pandangan atau ulasan oleh Pejabat Tanah/Pejabat Tanah dan Galian akan diambilkira oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) atau Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dalam meluluskan kebenaran merancang tersebut.
ID130/13
1. Bagi pembangunan projek perumahan yang melibatkan konsep petak tanah (landed strata), pihak pemaju hendaklah memenuhi kehendak subseksyen 6(1A) Akta Hakmilik Strata 1985 seperti berikut:
i) Bangunan-bangunan yang dicadangkan untuk pembangunan hendaklah terdiri diatas tanah berimilik.
ii) Keseluruhan cadangan kemajuan tersebut hendaklah terletak di dalam sempadan 1 lot yang berkenaan.
iii) Telah memperolehi Hakmilik Muktamad (sama ada hakmilik Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah); atau bagi keadaan yang mana masih Hakmilik Sementara (sama ada hakmilik Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah), perlu disertakan bersama pelan akui yang telah diluluskan oleh Pengarah Ukur.
iv) Terdapat sekurang-kurangnya dua (2) bangunan atau lebih, dan bangunan tersebut hendaklah tidak melebihi empat (4) tingkat.
v) Bangunan hendaklah mempunyai Sijil Kelayakan Menduduki sebelum permohonan pecah bahagi petak dibuat.
Permohonan untuk kebenaran merancang bagi pemajuan landed strata perlu dirujuk kepada Pejabat Tanah / Pejabat Tanah dan Galian untuk mendapatkan ulasan. Pandangan atau ulasan oleh Pejabat Tanah / Pejabat Tanah dan Galian akan diambilkira oleh pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) atau Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dalam meluluskan kebenaran merancang tersebut.