MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
10/08/2009 hingga 13/07/2009 05:00:00 PM
Soalan Apakah masih wujud Jawatankuasa Pembangunan Tinggi (Highland Development Committee) dan apakah inisiatif diambil kerajaan negeri bagi meneroka stok batu dan tanah merah negeri ini sebagai penyediaan agar aktiviti kuari untuk keperluan pembangunan dalam negeri ini mencukupi asalkan ianya mematuhi “Penang Quarry Rules” yang mungkin dalam proses digazetkan.
Dun -
Exco LHS
Perkara ADUN

Jawapan
Jawatankuasa Pembangunan Tinggi (Highland Development Committee) masih lagi wujud dan dikenali sebagai Jawatankuasa Pengurusan Pembangunan Tanah Berisiko. Jawatankuasa ini diterajui oleh Y.B. Lim Hock Seng, Pengerusi Jawatankuasa MMK Kerja Raya, Utiliti (Tenaga, Air, Telekom), Pengangkutan (Udara, Laut dan Keretapi) yang bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa ini. Urusetia Jawatankuasa ini ialah Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang.
Buat masa ini, kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang perancangan untuk meneroka stok batu dan tanah merah di negeri ini sebagai persediaan untuk keperluan pembangunan negeri pada masa hadapan memandangkan tanah-tanah yang terlibat adalah lot-lot tanah persendirian.
Pentadbiran tanah telahpun menyediakan draf Penang Quarry Rules, di mana draf tersebut masih di peringkat penelitian oleh jawatankuasa sebelum ia diterima pakai oleh kerajaan negeri. Peraturan tersebut diperkenalkan bertujuan mengawal selia aktiviti kuari supaya industri tersebut berjalan secara mampan dan tidak menimbulkan masalah ke atas alam sekitar.




ID144/13
1) Jawatankuasa pembangunan tinggi “highland development committee” masih lagi wujud dan dikenali sebagai Jawatankuasa Pengurusan Pembangunan Tanah Berisiko. Jawatankuasa ini diterajui oleh Y.B. Lim Hock Seng, Pengerusi J/K MMK Kerja Raya, Utiliti(Tenaga, Air, Telekom), Pengangkutan (Udara,Laut dan Keretapi) yang bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa ini. Urusetianya ialah Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang.

2) Buat masa sekarang, Kerajaan Negeri tidak mempunyai sebarang perancangan untuk meneroka stok batu dan tanah merah di negeri ini sebagai persediaan untuk keperluan pembangunan negeri pada masa hadapan. Memandangkan tanah-tanah yang terlibat adalah lot-lot tanah persendirian.

3) Pentadbiran tanah telahpun menyediakan deraf ‘Penang Quarry Rules’, di mana deraf tersebut masih diperingkat penelitian oleh Jawatankuasa sebelum ianya diterimapakai oleh Kerajaan Negeri. Peraturan tersebut diperkenalkan bertujuan untuk mengawal selia aktiviti kuari supaya industri tersebut berjalan secara mampan dan tidak menimbulkan masalah terhadap alam sekitar.









Kembali