Jawapan
Kronologi bagi cadangan kerja tanah bagi permohonan kebenaran merancang untuk Cadangan Mendirikan Dua (2) Blok Kondominium 28 Tingkat (396 unit) dengan Dua (2) Tingkat Tempat Letak Kenderaan Basemen serta Satu (1) Blok Tempatan Letak Kenderaan/Rekreasi Enam (6) Tingkat dengan Kemudahan Masyarakat di Paras Bumbung di atas Lot 4189, Bandar Tanjung Bunga, Daerah Timur Laut (DTL), Jalan Selari Pantai Utara, Pulau Pinang seperti mana di Lampiran A.
Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) telah mengambil langkah-langkah proaktif dengan memanggil pihak pemaju supaya mengemukakan permohonan kebenaran merancang bagi kerja-kerja pengorekan tanah, penstabilan cerun (kerja-kerja kejuruteraan) di atas Lot 4165, 4166 dan 4204 serta rezab jalan.
Notis mengkehendaki memberhentikan kerja tanah telah dikeluarkan pada 3 Jun 2009 untuk Lot 4165 dan 4166. Bagi Lot 4204, surat bertarikh 11 Mei 2009 telah dihantar kepada Pejabat Daerah dan Tanah Timur Laut (DTL) untuk tindakan memandangkan ianya tanah kerajaan untuk tujuan kawasan lapang. Pada masa ini, tiada sebarang kerja tanah dijalankan di tapak tersebut.
Mesyuarat pada 15 Julai 2009 telah memutuskan bahawa pemaju perlu mengemukakan Pelan Kebenaran Merancang bagi Lot–lot 4165, 4166 dan 4204. Tiada sebarang kerja tanah dibenarkan sehingga Pelan Kebenaran Merancang dikemukakan dan diluluskan oleh MPPP.
Mesyuarat pada 15 Julai 2009 juga memutuskan supaya pihak pemaju perlu menyediakan job statement dengan menyatakan jadual kerja, pelaksanaan kerja penstabilan termasuk senarai lokasi, keluasan dan kawasan yang terlibat.
Juga diputuskan, pelan kerja tanah yang telah diluluskan pada 23 Julai 2009 akan dibatalkan. Pemaju juga perlu mengemukakan laporan geoteknikal dan laporan EIA.