MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
10/08/2009 hingga 13/07/2009 05:00:00 PM
Soalan Pencemaran di perairan Batu Feringhi yang merupakan tumpuan pelancongan telah berterusan. Senaraikan tindakan-tindakan yang telah diambil oleh pihak kerajaan sekarang yang tidak diambil oleh pimpinan kerajaan terdahulu untuk mengatasi masalah ini.
Dun -
Exco PBP
Perkara Alam Sekitar

Jawapan
Salah satu faktor, pencemaran yang berlaku di perairan Batu Feringghi berpunca daripada sisa-sisa buangan gerai makanan. Gerai-gerai ini telah wujud sejak pentadbiran kerajaan negeri yang terdahulu. Di antara langkah langkah yang telah di ambil oleh kerajaan negeri sekaranguntuk mengesan adalah seperti berikut:-

(a) Mengenal pasti tapak baru untuk diwujudkan satu pusat penjaja yang dapat menempatkan pengusaha-pengusaha gerai makanan sepanjang perairan Batu Feringghi. Pusat penjaja ini akan dilengkapkan dengan perangkap minyak dan gris agar tidak menjejaskan kualiti air laut dan menyebabkan pencemaran;

(b) Melaksanakan pengawasan air marin melalui stesen pengawasan yang terletak di Pantai Batu Feringghi. Usaha ini dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar dengan menganalisis beberapa parameter atau indikator bagi memantau tahap kualiti air marin dengan membandingkan kepada standard yang sedia ada;

© Menjalankan penguatkuasaan ke atas pengaliran keluar kumbahan efluen daripada loji Indah Water Konsortium (IWK) dan hotel- hotel yang terletak di kawasan Batu Feringghi agar mematuhi standard yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar;

(d) Menggiatkan usaha-usaha pemeliharaan kawasan rekreasi dan pelancongan; dan

(e) Melaksanakan pelbagai aktiviti kesedaran seperti kempen, ceramah dan pameran melibatkan penyertaan oleh pelajar sekolah, industri-industri dan orang awam mengenai kepentingan kualiti air marin dan pantai




ID189/13
Pencemaran yang berlaku di perairan Batu Feringgi berpunca daripada sisa-sisa buangan gerai makanan. Gerai-gerai ini telah wujud sejak pentadbiran Kerajaan Negeri yang terdahulu. Untuk menangani isu ini, di antara langkah-langkah yang telah di ambil oleh Kerajaan Negeri sekarang adalah seperti berikut:-


i- Mengenal pasti tapak baru untuk diwujudkan satu pusat penjaja yang dapat menempatkan pengusaha-pengusaha gerai makanan sepanjang perairan Batu Feringgi. Pusat penjaja ini akan dilengkapkan dengan perangkap minyak dan gris agar tidak menjejaskan kualiti air laut dan menyebabkan pencemaran;

ii- Melaksanakan pengawasan air marin melalui stesen pengawasan yang terletak di pantai Batu Feringgi. Usaha ini dilaksanakan oleh Jabatan Alam Sekitar dengan menganalisis beberapa parameter atau indicator bagi memantau tahap kualiti air marin dengan membandingkan kepada standard yang sedia ada;

iii- Menjalankan penguatkuasaan ke atas pelepasan efluen daripada loji IWK dan hotel-hotel yang terletak di kawasan Batu Feringgi agar mematuhi standard yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar;

iv- Menggiatkan usaha-usaha pemeliharaan kawasan rekreasi dan pelancongan; dan

v- Melaksanakan pelbagai aktiviti kesedaran seperti kempen, ceramah dan pameran melibatkan penyertaan oleh pelajar sekolah, industri-industri dan orang awam mengenai kepentingan kualiti air marin dan pantai.






Kembali