Jawapan
Buat masa ini, maklumat tersebut tidak dapat diberikan lagi oleh kerana faktor-faktor luar kawalan seperti wabak influenza H1NI dan kemelesetan ekonomi dunia yang telah mempengaruhi dan menjejaskan kemasukan pelancong asing ke negeri Pulau Pinang. Adalah dijangkakan bahawa jumlah kemasukan pelancong ke Pulau Pinang dijangka akan menurun sedikit pada tahun ini selaras dengan penurunan sasaran kemasukan pelancong ke Malaysia oleh Tourism Malaysia iaitu dari 22 juta kepada 19 juta.
Walau bagaimanapun, dengan adanya penerbangan terus sekarang dari Singapura dan Chennai yang akan bermula pada bulan November tahun ini, ia dijangka akan membantu meningkatkan jumlah kemasukan pelancong ke negeri ini pada tahun ini.
Adalah benar bahawa Bbahagian Pelancongan PDC telah dibubarkan. Penang Global Tourism Sdn. Bhd, iaitu sebuah anak syarikat PDC telah ditubuhkan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti perancangan dan promosi pelancongan negeri Pulau Pinang. Memandangkan sektor pelancongan adalah merupakan saluran kedua terbesar di Pulau Pinang bagi kemasukan mata wang asing selepas sektor perkilangan (manufacturing), maka perhatian yang lebih diberikan kepada industri pelancongan. Penubuhan Penang Global Tourism Sdn. Bhd. adalah sebagai sebuah jentera untuk melaksanakan dan menggerakkan sektor pelancongan Pulau Pinang ke arah yang lebih dinamik dan lebih fokus.