MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
10/08/2009 hingga 13/07/2009 05:00:00 PM
Soalan MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG KEDUABELAS 10 OGOS 2009 PERKARA : 4(B)(XIV)14 SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN KEBUN BUNGA Y.B. TUAN ONG KHAN LEE 14. Adakah kerajaan negeri bersedia membina satu pusat konvensyen untuk mempergiatkan lagi aktiviti perdagangan tempatan dan antarabangsa.
Dun -
Exco TKM1
Perkara ADUN

Jawapan
Y.B. TUAN MANSOR BIN OTHMAN MENJAWAB BAGI PIHAK
Y.A.B. KETUA MENTERI

14. Kerajaan Negeri sememangnya merancang untuk membina satu pusat konvensyen untuk mempergiatkan lagi aktiviti perdagangan tempatan dan antarabangsa. Antaranya ialah merancang untuk mempertingkatkan keupayaan Pulau Pinang sebagai Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa. Kerajaan negeri telah menerima beberapa kertas kerja bagi rancangan ini dari syarikat tempatan mahupun luar negara. Walau bagaimanapun, perancangan untuk mewujudkan pusat konvensyen ini sedang diteliti menerusi konsep perkongsian bijak melalui Pendekatan Inisiatif Pembiayaan Swasta.






Kembali