MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
10/08/2009 hingga 13/07/2009 05:00:00 PM
Soalan Lanjutan daripada jawapan bertulis dalam Dewan ini, bagi sidang ke 12. Adakah EM (Effective Microorganism) sahaja cara yang dirancang untuk mengurangkan lalat, tiadakah perancangan lain yang lebih efektif dan lebih sempurna yang harus dirancangkan.
Dun -
Exco PBP
Perkara ADUN

Jawapan
Effective Microorganism (EM) merupakan ‘bakteria baik’ yang terhasil daripada kultur campuran mikroorganisma hidup yang membantu merendahkan pertumbuhan bacteria pathogen atau 'bakteria jahat'. Teknologi EM ini bukan sahaja boleh disemburkan di kandang-kandang ternakan untuk mengurangkan lalat malah mempunyai pelbagai kegunaan seperti dalam bidang pertanian, rawatan air, rawatan sisa buangan, rawatan tanah, perikanan dan lain-lain.
Walaupun aplikasi teknologi EM terbukti keberkesanannya dalam mengurangkan lalat di ladang-ladang ternakan namun terdapat langkah-langkah lain yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan iaitu mempraktikkan :-

(a) Good Animal Husbandary
(b) Sistem pembuangan najis yang teratur mengikut garis panduan Jabatan Veterinar.
(c) Semburan racun k-othrine pada longgokan najis.
(d) Tahap kebersihan di ladang perlu sentiasa berada di tahap yang baik.




Kembali