MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
10/08/2009 hingga 13/07/2009 05:00:00 PM
Soalan Adakah pihak yang bertanggungjawab memantau saliran ternakan babi di kawasan SPS terutama di kawasan Valdor. Ia amat mencemarkan sehingga air sungai Paya Mahang menjadi begitu kotor dan berbau busuk.
Dun -
Exco PBP
Perkara ADUN

Jawapan
Jawatankuasa ternakan khinzir ditubuhkan untuk mengatasi isu-isu berkaitan dengan ternakan khinzir dan Jabatan Alam sekitar atas kapasiti sebagai ahli jawatankuasa sering memberi penekanan tentang standard pelupusan air buangan (effluen) dari kandang khinzir agar tidak melebihi Biological Oksigen Demand (50 mg/l). Pihak JPS juga turut bekerjasama dengan dengan JAS dalam memantau sisa buangan dari kawasan tersebut dan sekiranya didapati sebarang pelanggaran berlaku, JPS akan melaporkan kepada pihak JAS untuk diambil tindakan.

Pihak MPSP hanya akan memperbaharui lesen penternakan khinzir sekiranya standard BOD dipatuhi.Buat masa ini Jabatan Veterinar sedang melaksanakan kegunaan teknologi effective Microorganism (EM) ke atas semua ladang khinzir secara berperingkat-peringkat. Penggunaan teknologi ini seterusnya akan di aplikasikan kepada semua sub-sektor Industri ternakan di mana ia dapat mengurangkan masalah-masalah pencemaran, bau dan lalat akibat daripada aktiviti penternakan. Pihak NGO dan swasta turut serta dalam menghasilkan EM Mudball di bawah program Corporate Sosial Responsibility (CSR) untuk merawat dan menjernihkan air sungai yang tercemar di seluruh Pulau Pinang.


Kembali