Jawapan
Y.B. TUAN WONG HON WAI
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI
6. JMB Krystal Point Bayan Baru telah ditubuhkan pada 25 April 2008 dan mengambil alih sepenuhnya pengurusan projek pembangunan bercampur yang terdiri daripada unit kediaman (Krystal Villa) dan unit perniagaan (Krystal Point). Walau bagaimanapun, sehingga kini pemaju masih gagal menyerahkan laporan akaun yang telah diaudit.
Tindakan yang boleh diambil jika pemaju masih gagal menyerahkannya adalah berpandukan kepada Seksyen 21(3), Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) (Akta 663) iaitu:-
"Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya."
Pihak COB telah menolak permohonan pemaju untuk mengasingkan penubuhan JMB Krystal Point dengan Krystal Villa berdasarkan Akta 663. Jawatankuasa Pesuruhjaya Bangunan (JACOB) memutuskan supaya kedua-dua pihak mencapai kata sepakat mengenai penggabungan dalam JMB Krystal Point ketika mesyuarat luar biasa EGM pada 26 Julai 2009.