MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
10/08/2009 hingga 13/07/2009 05:00:00 PM
Soalan Situasi kualiti jalan raya di Pulau Pinang masih kurang memuaskan, terutamanya selepas banjir kilat. Apakah langkah-langkah yang akan diambil oleh Kerajaan Tempatan untuk meningkatkan kualiti jalan raya di Pulau Pinang.
Dun -
Exco LHS
Perkara ADUN

Jawapan
Di antara langkah-langkah yang telah diambil oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi mengawal kualiti jalan raya di Pulau Pinang adalah seperti berikut:
a) Membersihkan parit tanah di kiri dan kanan jalan raya agar ia dapat mengalir dengan lancar;
b) Menaiktaraf parit tanah tepi jalan kepada longkang konkrit secara berperingkat. Ini disebabkan ia memerlukan peruntukan yang besar;
c) Menaiktaraf pembentung sedia ada kepada yang lebih besar atau kepada jambatan mengikut keperluan secara berperingkat. Ini juga memerlukan peruntukan yang besar;
d) Meninggi aras jalan sedia ada kepada aras yang sesuai dengan keadaan setempat;
e) Jalan yang rosak akibat banjir akan dibaiki mengikut keadaan dan akan diturap semula (resurfacing);
f) Membuat pemantauan berterusan ke atas setiap projek jalan yang diberi kepada syarikat konsesi. Antara syarat yang ditetapkan oleh JKR adalah pembinaan berm (lapisan bertingkat di cerun) yang mana ia perlu dihadkan kepada 5-6 tingkat supaya perubahan pada struktur bukit tidak terlalu ketara hingga menjejaskannya; dan
g) Menggunakan piawaian baru yang telah dikeluarkan iaitu Standard Specification for Road Work JKR/SPJ/2008-S4 = Flexible Pavement bagi setiap projek pembinaan jalan raya. Tujuannya adalah untuk mempertingkatkan kualiti jalan raya.


Beberapa langkah yang telah diambil oleh JKR adalah seperti berikut:

a) Membersihkan parit tanah di kiri dan kanan jalan raya agar ia dapat mengalir dengan lancar.
b) Menaiktaraf parit tanah tepi jalan kepada longkang konkrit secara berperingkat. Ini disebabkan ia memerlukan peruntukan yang besar.
c) Menaiktaraf pembentung sediada kepada yang lebih besar atau kepada jambatan mengikut keperluan secara berperingkat.Ini juga memerlukan peruntukan yang besar.
d) Meninggi aras jalan sediada kepada aras yang sesuai dengan keadaan setempat.
e) Jalan yang rosak akibat banjir akan dibaiki mengikut keadaan dan akan diturap semula ( resurfacing ).
f) Membuat pemantauan berterusan ke atas setiap projek jalan yang diberi kepada syarikat konsesi. Antara syarat yang ditetapkan oleh JKR adalah pembinaan ‘berm’ (lapisan bertingkat di cerun) yang mana ia perlu dihadkan kepada 5-6 tingkat supaya perubahan pada struktur bukit tidak terlalu ketara hingga menjejaskannya.
g) Menggunakan piawaian baru yang telah dikeluarkan iaitu ‘Standard Specification for Road Work JKR/SPJ/2008-S4 = Flexible Pavement ’ bagi setiap projek pembinaan jalan raya. Tujuannya adalah untuk mempertingkatkan kualiti jalan raya.



Disediakan oleh,

Lim Chi Chon
Penolong Pengarah Jalan
JKR Pulau Pinang


Disemak oleh,

Haji Mohd Hassan Bin Harun
Ketua Penolong Pengarah Jalan
JKR Pulau Pinang


Diluluskan oleh,

Haji Shahawai Bin Awang
Pengarah Kerja Raya
JKR Pulau Pinang




Kembali