Jawapan
6. Bidang tugas Pesuruhjaya Bangunan adalah menguatkuasakan Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyenggaraan Dan Pengurusan) 2007 (Akta 663) dan Bahagian VI & VII, Akta Hak Milik Strata 1985 (Akta 318). Selaras dengan itu, pihak Pesuruhjaya Bangunan di kedua-dua PBT telah mengambil langkah untuk mengenal pasti skim-skim pemajuan di bawah pentadbirannya untuk menubuhkan badan pengurusan iaitu Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) yang bertanggungjawab kepada pengurusan bangunan masing-masing.
Selaras dengan kepentingan mewujudkan Badan Pengurusan Bersama dan Perbadanan Pengurusan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) adalah seperti berikut;
1. Pemberian taklimat berkenaan Akta 663 dan 318 berkenaan. Penubuhan JMB dan MC oleh pemaju dan disertai penduduk di Mesyuarat Agung JMB dan MC;
2. Memberi penjelasan mengenai peranan JMB atau MC;
3. Memberi khidmat nasihat kepada Ahli Jawatankuasa JMB, MC dan penduduk berhubung JMB dan MC;
4. Membantu menyelesaikan masalah berhubung sebarang isu berkaitan JMB dan MC. Perbincangan tersebut dipengerusikan oleh COB di MPPP dan di MPSP;
5. Mengenal pasti skim pemajuan yang masih belum menubuhkan JMB/MC untuk diberi taklimat kepada penduduk; dan
6. Mengenal pasti skim pemajuan yang bermasalah dari aspek;
a) Tidak menyerahkan salinan minit mesyuarat AGM b) Tidak menyerahkan salinan akaun beraudit
c) Aduan yang tinggi terhadap JMB/MC.
Dengan penubuhan JMB/MC; pelbagai isu dapat dibincangkan bagi mencari kaedah penyelesaian dalam memberi faedah kepada semua pihak.