MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
10/08/2009 hingga 13/07/2009 05:00:00 PM
Soalan SOALAN BERTULIS OLEH AHLI KAWASAN BATU UBAN Y.B. TUAN RAVEENTHARAN A/L V. SUBRAMANIAM 4. (a) Bagaimanakah kedudukan "booking/tempahan masa hadapan" di bilik-bilik hotel di Pulau Pinang untuk tahun 2010, 2011 dan 2012. (b) Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan Dana Rezab untuk Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan bagaimanakah Kerajaan Pusat membantu di dalam aspirasi ini.
Dun -
Exco LHK
Perkara ADUN

Jawapan
Y.B. TUAN LAW HENG KIANG
MENJAWAB BAGI PIHAK Y.A.B. KETUA MENTERI

4. (a) Persatuan Hotel Malaysia (Penang Chapter) telah membuat jangkaan/ramalan berdasarkan data sedia ada bagi tempahan bilik hotel sepanjang tahun melawat Pulau Pinang bagi tahun 2010, 2011 dan 2012 seperti berikut:-


Tahun 2010 - dijangka meningkat 5%

Tahun 2011 - dijangka meningkat 7%, dan

Tahun 2012 - dijangka meningkat 5%

(b) Rizab atau simpanan terkumpul negeri adalah lebihan hasil negeri pada akhir sesuatu tahun kewangan setelah komitmen perbelanjaan tahunan dijelaskan. Oleh itu, antara langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk meningkatkan dana rizab ialah:-


(i) Meneruskan usaha dan tindakan-tindakan afirmatif dan agresif untuk mempertingkatkan kutipan hasil semasa dan mengurangkan tunggakan hasil negeri. Hasil utama negeri terdiri daripada cukai tanah, bayaran-bayaran urus niaga tanah, premium pemberian milik tanah, ansuran atau sewaan rumah kos rendah dan lain-lain.

(ii) Meneruskan usaha-usaha penjimatan, peningkatkan perbelanjaan berhemah, mengelakkan pembaziran serta mengadakan kawalan dalaman yang lebih berkesan bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam tanpa menjejaskan mutu perkhidmatan yang diberikan.

(iii) Meneruskan amalan dan peraturan perolehan secara terbuka yang menjamin optimal value for money di samping mengoptimumkan pelaksanaan projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat.

Kerajaan pusat juga turut membantu kerajaan negeri dalam menjelaskan pemberian wajib kepada kerajaan negeri seperti mana ketetapan dalam Perlembagaan Persekutuan pada setiap tahun. Pemberian Kerajaan Persekutuan ini juga merupakan antara punca hasil kerajaan negeri. Pemberian Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri yang telah diperolehi pada tahun 2008 ialah sejumlah RM74,235,360.94 berbanding anggaran hasil (bajet) RM61,882,000.00 iaitu lebihan 19.96%.
Kembali