Jawapan
Berikut adalah senarai muzium-muzium yang terdapat di Negeri Pulau Pinang :-
1. Muzium Negeri Pulau Pinang;
2. Muzium & Galeri Tuanku Fauziah , USM, Pulau Pinang;
3. Muzium Perang, Batu Maung;
4. Muzium Peranakan Baba & Nyonya, Lebuh Gereja;
5. Muzium Islam, Lebuh Armanien;
6. Muzium Dr Sun Yat-Sen;
7. 'Toy' Muzium; dan
8. Muzium Perhutanan Teluk Bahang
Kerajaan negeri telah merancang dan mewujudkan beberapa produk pelancongan baru bagi menarik lebih ramai pelancong ke Pulau Pinang di samping memperkukuhkan produk-produk pelancongan sedia ada. Sepanjang tahun 2008, pelbagai acara pelancongan bertaraf antarabangsa telah diadakan di Pulau Pinang. Antara acara yang telah dijalankan sepanjang tahun 2008 ialah Penganjuran Pesta Seni Silat Nusantara, Pesta Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa , Kejohanan Basikal Bukit Antarabangsa, Kejohanan Golf Amatur Antarabangsa, Kejohanan Jemputan Bola Keranjang Dunia Yang Kelima Belas, Pertandingan Memancing Antarabangsa, Kejohanan Tarian Ball-Room Antarabangsa, Kejohanan Antarabangsa Bowling Pesta Pulau Pinang dan Regatta Antarabangsa Mengelilingi Pulau Pinang. Kesemua acara pelancongan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua pihak.
Bandar George Town pula telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 7 Julai 2008. Pengiktirafan ini amat bermakna kepada kerajaan negeri dalam pemuliharaan produk berasaskan warisan.
Antara program yang telah dilaksanakan ialah penerbitan risalah-risalah untuk diedar kepada para pelancong dari dalam dan luar negara. Kerajaan negeri turut mengiklankan tapak-tapak warisan tersebut di dalam majalah-majalah pelancongan tempatan dan luar negara bagi mempromosi serta menggalakkan pelancongan yang berteraskan sejarah dan warisan.
Perkhidmatan WIFI (wireless internet) dan WIMAX pula disediakan secara percuma di daerah Timur Laut yang meliputi kawasan Bandar George Town, Pengkalan Weld, Jalan Burma, Persekitaran Persiaran Gurney ke Jalan Kebun Bunga hingga kawasan Bukit Jambul dan Bayan Mutiara.
Perkhidmatan ini turut melibatkan kawasan di Seberang Perai yang merangkumi kawasan Butterworth, Kampung Jawa, Kampung Perlis dan Kampung Benggali. Perkhidmatan ini menjadikan negeri ini lebih berdaya saing dan pada masa yang sama memberi perkhidmatan telekomunikasi yang terbaik kepada pelancong serta penduduk Pulau Pinang secara keseluruhannya.
Pembukaan beberapa buah hotel baru turut merancakkan lagi industri pelancongan di Pulau Pinang antaranya pembukaan Tune Hotel di Pulau Pinang yang menawarkan pakej keluarga pada harga yang kompetitif. Pembinaan hotel-hotel baru di kawasan yang strategik akan dapat memberi pilihan yang lebih kepada pelancong yang datang ke Pulau Pinang. Selain itu, pembinaan hotel-hotel baru juga akan membantu memenuhi keperluan pelancong terutama ketika musim cuti sekolah yang mencatatkan peningkatan tempahan bilik hotel.
Kerajaan negeri akan terus mempromosi Pulau Pinang sebagai destinasi unggul pelancongan di rantau ini dengan adanya produk-produk pelancongan yang menarik. Ini jelas di sepanjang tempoh lebih satu (1) tahun ini, kerajaan negeri telah mengambil bahagian di dalam misi-misi pelancongan dan pameran penggalakan pelancongan peringkat domestik dan antarabangsa. Di antara pameran yang disertai termasuklah MATTA Fairs di Singapura, MATTA Travel Fair di Kuala Lumpur, MATTA Travel IMT-GT di Pulau Pinang, Asia Tourism Forum di Singapura, ITD di Jerman, Manchester Travel Mart, Arabian Travel Mart, European Incentive and Business and Travel Meeting and Exhibition di Geneva dan lain-lain. Usaha ini juga diharap dapat menarik serta mengekalkan tumpuan pasaran utama pelancong daripada negara Eropah, Jepun dan Australia, di samping dapat menerokai pasaran-pasaran baru seperti Negara-negara Timur Tengah, India dan China.
Selain itu, kerajaan negeri turut merancang dan mengambil langkah-langkah tertentu untuk meningkatkan taraf pelancongan Pulau Pinang. Di antaranya adalah inisiatif kerajaan negeri untuk menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai negeri pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan WIFI dan WIMAX secara percuma kepada penduduk negeri Pulau Pinang termasuk pelancong atau sesiapa sahaja yang berada di Pulau Pinang.
Selain daripada itu, kerajaan negeri bersama-sama pihak MPPP dan MPSP juga sedang berusaha keras untuk meningkatkan tahap kebersihan Pulau Pinang dengan mengambil langkah-langkah seperti membanteras penjaja-penjaja tanpa lesen/permit yang tidak menghiraukan kebersihan kawasan persekitaran.
(a) Di antara langkah-langkah untuk menarik pelancong asing ke Pulau Pinang adalah:-
(i) Menyertai pameran-pameran pelancongan yang terkenal di peringkat antarabangsa seperti AIME (Australia), ITB (Berlin), ATM (Dubai), WTM (London), ATF (Hanoi), ICIF (Shenzhen), ITHF (Jakarta), dan Natas (Singapura).
(ii) Penang Global Tourism akan menganjurkan sebuah roadshow di Singapura iaitu Penang Showcase pada 9 hingga 11 September 2009 untuk menarik lebih kemasukkan pelancong-pelancong Singapura ke Pulau Pinang di samping memasarkan teras-teras pelancongan lain seperti pendidikan, perubatan, real estate, makanan, pelaburan, dan sebagainya. Selain daripada Singapura, roadshow yang seumpama itu turut akan diadakan di Indonesia bagi tujuan yang sama pada hujung tahun 2009.
(iii) Pameran-pameran tempatan seperti pameran MATTA juga turut disertai oleh Penang Global Tourism iaitu di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Melaka bagi menarik dan menggalakkan pelancong-pelancong tempatan melancong ke Negeri Pulau Pinang.
(iv) Menggalakkan lebih banyak kapal-kapal Cruise untuk berlabuh di Pulau Pinang di mana setiap kapal cruise akan membawa sekurang-kurangnya seramai 1000 pelancong.
(v) Mempromosi acara-acara tahunan (signature events) anjuran kerajaan negeri seperti acara Penang International Dragon Boat Festival, Bon Odori, Chingay , Penang International Bridge Marathon, dan Pesta Pulau Pinang.
(vi) Menggalakan pembukaan hotel-hotel bertaraf antarabangsa dan berjenama seperti Hard Rock Hotel di Batu Feringghi di samping bekerjasama dengan rakan-rakan strategik seperti syarikat-syarikat penerbangan dan pelabur-pelabur untuk meningkatkan infrastruktur dan produk-produk pelancongan.
(vii) Mengadakan program lawatan pendedahan untuk pihak media bagi tujuan mempromosi sektor pelancongan Pulau Pinang di mata dunia.
Berikut adalah senarai muzium-muzium yang terdapat di negeri Pulau Pinang :-
1. Muzium Negeri Pulau Pinang
2. Muzium & Galeri Tuanku Fauziah , USM, P.Pinang
3. Muzium Perang, Batu Maung
4. Muzium Peranakan Baba & Nyonya, Lebuh Gereja
5. Muzium Islam, Lebuh Armanien
6. Muzium Dr Sun Yat-Sen
7.'Toy' Muzium
8. Muzium Perhutanan Teluk Bahang
Kerajaan Negeri telah merancang dan mewujudkan beberapa produk pelancongan baru bagi menarik lebih ramai pelancong ke Pulau Pinang di samping memperkukuhkan produk-produk pelancongan sedia ada. Sepanjang tahun 2008 pelbagai acara pelancongan bertaraf antarabangsa telah diadakan di Pulau Pinang. Antara acara yang telah dijalankan sepanjang tahun 2008 ialah Penganjuran Pesta Seni Silat Nusantara, Pesta Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa , Kejohanan Basikal Bukit Antarabangsa, Kejohanan Golf Amatur Antarabangsa, Kejohanan Jemputan Bola Keranjang Dunia Yang Kelima Belas, Pertandingan Memancing Antarabangsa, Kejohanan Tarian Ball-Room Antarabangsa, Kejohanan Antarabangsa Bowling Pesta Pulau Pinang Dan Regatta Antarabangsa Mengelilingi Pulau Pinang. Kesemu acara pelancongan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua pihak.
Bandar George Town pula telah disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Pada 7 Julai 2008. Pengiktirafan ini amat bermakna kepada Kerajaan Negeri dalam pemuliharaan produk berasaskan warisan.
Antara program yang telah dilaksanakan ialah penerbitan risalah-risalah untuk diedar kepada para pelancong dari dalam dan luar negara. Kerajaan Negeri turut mengiklankan tapak-tapak warisan tersebut di dalam majalah-majalah pelancongan tempatan dan luar negara bagi mempromosi serta menggalakkan pelancongan yang berteraskan sejarah dan warisan.
Perkhidmatan WIFI (wireless internet)dan WIMAX pula disediakan secara percuma di daerah Timur Laut yang meliputi kawasan Bandar George Town, Pengkalan Weld, Jalan Burma, persekitaran Persiaran Gurney ke Jalan Kebun Bunga juga hingga kawasan Bukit Jambul dan Bayan Mutiara.
Perkhidmatan ini turut melibatkan kawasan di Seberang Perai yang merangkumi kawasan Butterworth, Kampung Jawa, Kampung Perlis dan Kampung Benggali. Perkhidmatan ini menjadikan negeri ini lebih berdaya saing dan pada masa yang sama memberi perkhidmatan telekomunikasi yang terbaik kepada pelancong serta penduduk Pulau Pinang secara keseluruhannya.
Pembukaan beberapa buah hotel baru turut merancakkan lagi industri pelancongan di Pulau Pinang antaranya pembukaan Tune Hotel di Pulau Pinang yang menawarkan pakej keluarga pada harga yang kompetitif. Pembinaan hotel-hotel baru di kawasan yang strategik akan dapat memberi pilihan yang lebih kepada pelancong yang datang ke Pulau Pinang. Selain itu melalui pembinaan hotel-hotel baru akan membantu memenuhi keperluan pelancong terutama ketika musim cuti sekolah yang mencatatkan peningkatan tempahan bilik hotel.
Kerajaan Negeri akan terus mempromosi Pulau Pinang sebagai destinasi unggul pelancongan di rantau ini dengan adanya produk-produk pelancongan seperti ini. Ini jelas di sepanjang tempoh lebih 1 tahun ini Kerajaan Negeri telah mengambil bahagian di dalam misi-misi pelancongan dan pameran penggalakan pelancongan peringkat domestik dan antarabangsa. Di antara pameran yang disertai termasuklah MATTA Fairs di Singapura, MATTA travel fair di Kuala Lumpur, MATTA Travel IMT-GT di Pulau Pinang, Asia Tourism Forum di Singapura, ITD di Jerman, Manchester Travel Mart, Arabian Travel Mart, European incentive and Business and Travel Meeting and Exhibition di Geneva dan lain-lain. Usaha ini juga diharap dapat menarik serta mengekalkan tumpuan pasaran utama pelancong daripada negara Eropah, Jepun dan Australia, di samping dapat menerokai pasaran-pasaran baru seperti Negara-negara Timur Tengah, India dan China.
Selain itu, Kerajaan Negeri turut merancang dan mengambil langkah-langkah tertentu untuk meningkatkan taraf pelancongan Pulau Pinang. Di antaranya adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai negeri pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan WIFI dan W1MAX secara percuma kepada penduduk negeri Pulau Pinang termasuk pelancong atau sesiapa sahaja yang berada di Pulau Pinang. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri bersama-sama pihak MPPP dan MPSJ juga sedang berusaha keras untuk meningkatkan tahap kebersihan Pulau Pinang dengan mengambil langkah-langkah seperti membanteras penjaja-penjaja tanpa lesen/permit yang tidak menghiraukan kebersihan sekitar.
(a) Diantara langkah-langkah untuk menarik pelancong asing ke Pulau Pinang adalah:-
(i) Menyertai pameran-pameran pelancongan yang terkenal di peringkat antarabangsa seperti AIME (Australia), ITB (Berlin), ATM (Dubai), WTM (London), ATF (Hanoi), ICIF (Shenzhen), ITHF (Jakarta), dan Natas (Singapura).
(ii) Penang Global Tourism akan menganjurkan sebuah roadshow di Singapura iaitu Penang Showcase pada 9 hingga 11 September 2009 untuk menarik lebih kemasukkan pelancong-pelancong Singapura ke Pulau Pinang disamping memasarkan teras-teras pelancongan lain seperti pendidikan, perubatan, real estate, makanan, pelaburan, dan sebagainya. Selain daripada Singapura, roadshow yang seumpama itu turut akan diadakan di Indonesia bagi tujuan yang sama pada hujung tahun 2009.
(iii) Pameran-pameran tempatan seperti pameran MATTA juga turut disertai oleh Penang Global Tourism iaitu di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Melaka bagi menarik dan menggalakkan pelancong-pelancong tempatan melancong ke negeri Pulau Pinang.
(iv) Menggalakkan lebih banyak kapal-kapal cruise untuk melabuh di Pulau Pinang dimana setiap kapal cruise akan memuatkan sekurang-kurangnya seramai 1000 pelancong.
(v) Mempromosi acara-acara tahunan (signature events) anjuran kerajaan Negeri seperti acara Penang International Dragon Boat Festival, Bon Odori, Chingay , Penang International Bridge Marathon, dan Pesta Pulau Pinang.
(vi) Menggalakan pembukaan hotel-hotel bertaraf antarabangsa dan berjenama seperti Hard Rock Hotel di Batu Feringghi disamping bekerjasama dengan rakan-rakan strategik seperti syarikat-syarikat penerbangan dan pelabur-pelabur untuk meningkatkan infrastruktur dan produk-produk pelancongan.
(vii) Mengadakan program lawatan familiarisasi untuk pihak media bagi tujuan mempromosi sektor pelancongan Pulau Pinang di mata dunia.