Jawapan
Industri pelancongan merupakan sektor terpenting dalam menjana ekonomi negeri sejak dari dahulu lagi. Walau bagaimanapun, isu penularan wabak demam H1N1 sejak akhir-akhir ini sedikit sebanyak meninggalkan kesan dalam industri ini. Selain itu faktor-faktor luar kawalan seperti kemelesetan ekonomi dunia boleh mempengaruhi dan menjejaskan kemasukan pelancong asing ke Negeri Pulau Pinang. Adalah dijangkakan bahawa jumlah kemasukan pelancong ke Pulau Pinang dijangka akan menurun sedikit pada tahun ini selaras dengan penurunan sasaran kemasukan pelancong ke Malaysia oleh Tourism Malaysia iaitu dari 22 juta kepada 19 juta. Wabak influenza H1NI dijangka memberi kesan terhadap industri pelancongan Pulau Pinang mahupun Malaysia.
Statistik rasmi daripada Jabatan Kesihatan Pulau Pinang menunjukkan bilangan yang terkena demam H1N1 sehingga 15 Julai 2009 adalah sebanyak 58 kes. Kesemua 58 kes telah pun diberi rawatan dan telah sembuh di mana kes-kes ini terdiri daripada warga asing 43 kes – imported dan 15 kes – tempatan.