MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEDUA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
10/08/2009 hingga 13/07/2009 05:00:00 PM
Soalan 5. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk meningkatkan taraf pelancongan di Negeri Pulau Pinang dan di peringkat Antarabangsa? a. Apakah langkah-langkah yang di ambil untuk menarik pelancong asing untuk melancong ke Pulau Mutiara untuk tahun 2010 dan 2011?
Dun -
Exco LCK
Perkara -

Jawapan
Kerajaan Negeri akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk meningkatkan taraf pelancongan Pulau Pinang. Diantaranya adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk menjadikan negeri Pulau Pinang sebagai negeri pertama di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan WIFI dan W1MAX secara percuma kepada penduduk negeri Pulau Pinang termasuk pelancong atau sesiapa sahaja yang berada di Pulau Pinang. Selain daripada itu, Kerajaan Negeri bersama-sama pihak MPPP dan MPSJ juga sedang berusaha keras untuk meningkatkan tahap kebersihan Pulau Pinang dengan mengambil langkah-langkah seperti membanteras penjaja-penjaja tanpa lesen/permit yang tidak menghiraukan kebersihan sekitar.


(a) Diantara langkah-langkah untuk menarik pelancong asing ke Pulau Pinang adalah:-

(i) Menyertai pameran-pameran pelancongan yang terkenal di peringkat antarabangsa seperti AIME (Australia), ITB (Berlin), ATM (Dubai), WTM (London), ATF (Hanoi), ICIF (Shenzhen), ITHF (Jakarta), dan Natas (Singapura).
(ii) Penang Global Tourism akan menganjurkan sebuah roadshow di Singapura iaitu Penang Showcase pada 9 hingga 11 September 2009 untuk menarik lebih kemasukkan pelancong-pelancong Singapura ke Pulau Pinang disamping memasarkan teras-teras pelancongan lain seperti pendidikan, perubatan, real estate, makanan, pelaburan, dan sebagainya. Selain daripada Singapura, roadshow yang seumpama itu turut akan diadakan di Indonesia bagi tujuan yang sama pada hujung tahun 2009.
(iii) Pameran-pameran tempatan seperti pameran MATTA juga turut disertai oleh Penang Global Tourism iaitu di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan Melaka bagi menarik dan menggalakkan pelancong-pelancong tempatan melancong ke negeri Pulau Pinang.
(iv) Menggalakkan lebih banyak kapal-kapal cruise untuk melabuh di Pulau Pinang dimana setiap kapal cruise akan memuatkan sekurang-kurangnya seramai 1000 pelancong.
(v) Mempromosi acara-acara tahunan (signature events) anjuran kerajaan Negeri seperti acara Penang International Dragon Boat Festival, Bon Odori, Chingay , Penang International Bridge Marathon, dan Pesta Pulau Pinang.
(vi) Menggalakan pembukaan hotel-hotel bertaraf antarabangsa dan berjenama seperti Hard Rock Hotel di Batu Feringghi disamping bekerjasama dengan rakan-rakan strategik seperti syarikat-syarikat penerbangan dan pelabur-pelabur untuk meningkatkan infrastruktur dan produk-produk pelancongan.
(vii) Mengadakan program lawatan familiarisasi untuk pihak media bagi tujuan mempromosi sektor pelancongan Pulau Pinang di mata dunia.

Kembali