Jawapan
Secara keseluruhannya, terdapat sebanyak 100 kes berkaitan Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan 82 kes bermula daripada Januari sehingga Jun 2009.
Merujuk kes yang telah disabitkan bagi Seksyen 376 Kanun Keseksaan, terdapat sejumlah 21 kes dan 40 kes di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan. Bagi kes yang masih dalam siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan adalah berjumlah 70 kes dan 25 kes bagi Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Manakala, pecahan kes rogol mengikut pecahan perhubungan ialah teman lelaki adalah sebanyak 42 kes, kenalan 26 kes, satu kes bagi majikan, tidak kenal sebanyak 23 kes dan lapan (8) kes untuk sumbang mahram.