MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
01/11/2010
Soalan Adakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai kawalan ke atas lesen judi seperti Magnum, Toto dan Damacai?
Dun -
Exco Y.B. TUAN CHOW KON YEOW
Perkara Kerajaan Tempatan

Jawapan
2. Lesen untuk aktiviti judi dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia. Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengawal aktiviti premis lesen judi melalui lesen premis yang dikeluarkan kepada premis-premis perjudian dan disyaratkan supaya mematuhi syarat-syarat tambahan lesen judi daripada Kementerian Kewangan. Selain itu, syarat Jabatan-Jabatan Teknikal Sehenti seperti Jabatan Bangunan, Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat juga perlu dipatuhi oleh semua premis judi.

Inspektorat dari Kementerian Kewangan Malaysia akan turun padang untuk menjalankan pemeriksaan tentang kesesuaian tempat yang dipohon contohnya seperti tempat perniagaan tidak terletak berdekatan dengan sekolah, tempat ibadat, berhampiran dengan kawasan perkampungan orang-orang Islam dan sebagainya.

Kembali