MESYUARAT KEDUA PENGGAL KETIGA DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG KEDUABELAS
01/11/2010
Soalan Senaraikan status-status terkini Projek Tebatan Banjir Sungai Rambai – sistem perparitan dan rumah pam Pakej 3 (Taman Makok) dan Pakej 4 (Taman Desa Damai). Jumlah peruntukan untuk kedua-dua pakej itu dan berapakah kos masing-masing?
Dun -
Exco Y.B. TUAN LAW CHOO KIANG
Perkara Bencana Alam

Jawapan
Pelaksanaan Projek Tebatan Banjir Sungai Rambai – sistem perparitan dan Rumah Pam Pakej 3 (Taman Makok) dan Pakej 4 (Taman Desa Damai) adalah di bawah tanggungjawab dan pelaksanaan oleh pihak Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). Kerja-kerja ini dilaksanakan oleh pihak MPSP menggunakan peruntukan Caruman Saliran Negeri yang diuruskan oleh JPS.
MPSP melaksanakan Projek Tebatan Banjir Sungai Rambai dan status projek seperti berikut:
Pakej 3 (Taman Makok): Pihak MPSP telahpun melantik dua firma perunding iaitu satu dalam bidang Awam & Struktur (C&S) dan satu lagi dalam Mekanikal & Elektrikal (M&E). Prestasi Juruperunding C&S yang dilantik adalah amat mengecewakan. Keadaan tersebut secara langsung akan menjejaskan rekabentuk rumah pam oleh juruperunding M&E. Sehubungan dengan itu, MPSP akan menamatkan perkhidmatan juruperunding tersebut di mana surat tunjuk sebab untuk tujuan penamatan telahpun dihantar. Penamatan akan dibuat selepas MPSP menimbangkan surat tunjuk sebab tersebut daripada pihak juruperunding. Jumlah peruntukan untuk Pakej 3 ialah RM1,100,000.00

Pakej 4 (Taman Desa Damai) : MPSP telah melantik kontraktor untuk melaksanakan sistem perparitan dan rumah pam. Sistem perparitan dilaksanakan oleh kontraktor Pembinaan I&R Sdn. Bhd. dengan kos RM1,150,166.40. Tempoh siap kerja adalah selama 25 minggu bermula 1 Oktober 2010 sehingga 24 Mac 2011. Kontraktor untuk rumah pam akan dilantik oleh Lembaga Tawaran (Tender) dan sehingga kini masih di peringkat bantahan. Tempoh bantahan akan berakhir pada 1 November 2010. Jumlah peruntukan untuk Pakej 4 ialah RM8,000,000.00
Kembali