Jawapan
2. Anggaran semasa jumlah penduduk di Bandar Nibong Tebal adalah 32,000 orang. Unjuran pertumbuhan penduduk pada tahun 2020 melalui gabungan Bandar Nibong Tebal dengan Bandar Sri Ampangan dianggarkan seramai 74,000 orang.
Kerajaan Negeri sememangnya sedar keperluan membina sebuah bangunan terminal bas di Nibong Tebal dan sedang mengkaji cadangan tersebut. Sebelum tahun 2008, terdapat cadangan untuk membina sebuah bangunan terminal bas di atas tanah PERDA dan JKP Sdn. Bhd. Namun, cadangan tersebut tidak diteruskan.
Bagi pembinaan jambatan laluan kereta untuk menghubungkan Jalan Teluk Ipil dengan pekan Tanjong Berembang, pihak JKR telah memohon peruntukan dalam Program/ Projek Baru Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bagi Cadangan Membina Jambatan Baru Merentasi Sungai Di Atas Landasan P169 Kampung Tanjung Berembang, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Pada masa ini, kerja-kerja ukur telah dijalankan untuk mengenal pasti jajaran yang terlibat sebelum kerja-kerja kajian kesesuaian tanah serta melantik perunding untuk reka bentuk dilaksanakan.